KATA HUBUNG
1. Kata
hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan
perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata, ayat dengan ayat.
2. Terbahagi kepada 3 jenis:
a)
Kata hubung gabungan
b)
Kata hubung pancangan
c)
Kata hubung berpasangan
3. KATA HUBUNG GABUNGAN DAN PANCANGAN.
CONTOH
|
CONTOH AYAT
|
Agar
|
Saya
berharap agar kamu dapat menghubungi dia dengan segera.
|
Apabila
|
Ibu
pengsan apabila mendengar berita sedih itu.
|
Dan
|
Lili
dan Ain berkawan baik sejak kecil.
|
Sambil
|
Ayah
menonton televisyen sambil membaca surat khabar.
|
Jika
|
Saya
akan menggunakan payung jika hari hujan.
|
4. KATA HUBUNG BERPASANGAN
CONTOH
|
CONTOH AYAT
|
Baik…
baik
|
Baik
Along baik Angah sama – sama bijak.
|
Bukan
sahaja, malah
|
Raju
bukan sahaja malas, malah suka ponteng sekolah.
|
Entah…
entah
|
Jangan
mudah percaya akan janjinya itu, entah betul entah tidak.
|
Walaupun…namun
|
Walaupun
kurang berkemampuan, nemun Nora masih meneruskan persekolahannya.
|
LATIHAN KATA HUBUNG.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Maka
lantas
setelah
Atau
lalu malah
|
1. Sarah akan pergi ke Bandar dengan menaiki bas
______ teksi.
2. Eng Ann sudah pun menyiapkan kerja sekolahnya
______ dia menolong ibunya di dapur.
3. Encik Vijay rajin bekerja, ______ pangkatnya
dinaikkan.
4. David bukan sahaja suka berbasikal ______ gemar
juga memancing.
5. Abang melanjutkan pelajarannya _______
memperolehi biasiswa.
6. Kereta itu terbabas ______ melanggar pokok di
tepi jalan itu.
p/s : Pelajar boleh beri jawapan dalam FB cikgu.
Terus bagi cikgu jawapan, tidak perlu salin ayat. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment