Tatabahasa :
Kata Kerja
1. Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.
2. Perbuatan yang dilakukan oleh binatang, benda atau
manusia.
3. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu :
a)
Kata kerja transitif
b)
Kata kerja tak transitif
4. Kata kerja transitif
ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat
ayat.
Contoh : Ayah mencuci
kereta
Mencuci ialah kata kerja transitif, baju ialah objek bagi
kata kerja ‘ mencuci’.
5. Kata kerja
transitif dapat dibahagikan kepada dua
iaitu :
a)
Kata kerja transitif dalam ayat aktif
Contoh
: Puan Mina memasak kari ikan.
b)
Kata kerja transitif dalam ayat pasif
Contoh
: Kari ikan dimasak oleh Puan Mina.
6. Kata kerja tak
transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.
7. Kata kerja ini boleh
berdiri sendiri sebagai frasa kerja.
Contoh
: Nenek menjahit
8. Kata kerja tak
transitif terbahagi kepada dua,
iaitu :
a)
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh
: Adik Ina masih tidur
b)
Kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh
: Kami pergi ke Terengganu.
LATIHAN KATA KERJA
Gariskan
kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
Kemudian, nyatakan sama ada kata
kerja itu kata kerja transitif atau kata
kerja tak transitif.
1) Encik Shaari mengasah parang-parang
itu sehingga tajam.
2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu
dengan kawan-
kawannya.
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga
orkidnya pada waktu petang.
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam
buaian.
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan
untuk memasuki maktab itu dengan
teliti.
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan
penuh semangat.
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang
berlatih di dewan sekolah.
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan
menunggung motosikal.
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di
hadapan rumahnya petang semalam.
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa
untuk mengambil buah kelapa muda.
No comments:
Post a Comment