Petikan 1
Apabila kita berkunjung ke suatu tempat pelancongan, kadang kala kita perlu membeli tanda mata atau cenderamata untuk dibawa pulang. Biasanya cenderamata ini akan dihadiahkan kepada keluarga atau orang yang paling rapat sekali dengan kita.
Seandainya anda berada di Taiping, anda tidak perlu bimbang untuk mendapatkan cenderamata. Hal ini demikian kerana anda boleh mengunjungi bangunan Jam Besar Lama atau Old Clock Tower Taiping yang terletak di Jalan Kota, Taiping. Bangunan berusia 100 tahun ini telah dijadikan pusat maklumat pelancongan serta menjual barangan kraf tangan dari seluruh Perak.
Pelbagai jenis barangan terdapat di pusat ini. Antara barangan yang dijual di pusat pelancongan ini termasuklah barangan yang diperbuat daripada buluh, rotan, tanah liat, kaca, dan kristal. Barangan kraf tangan ini dijual dengan harga yang murah sangat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika barangan ini mendapat sambutan yang sungguh hebat betul.
Petikan 2
Semasa berada di Sarawak, saya telah dapat melihat tempat-tempat yang cukup indah sekali. Sungai Sarawak, iaitu sungai yang terbesar sekali di negara ini amat mengagumkan saya. Begitu juga Gunung Santubong dan Taman Negara Bako. Jika diberi peluang, saya ingin tinggal lebih lama di sini.
Banyak sungguh tempat di Sarawak yang memikat hati saya. Antaranya termasuklah Tebing Sungai Sarawak. Tempat ini merupakan tempat tumpuan orang ramai terutamanya pada waktu malam. Saya suka suasana di sini. Sinaran lampu yang menghiasi tebing sungai ini sungguh mempesonakan.
No comments:
Post a Comment