Saturday, 31 March 2012

Nota dan latihan kata kerja


Tatabahasa : Kata Kerja

1. Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.
2. Perbuatan yang dilakukan oleh binatang, benda atau manusia.
3. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu :
         a) Kata kerja transitif
         b) Kata kerja tak transitif
4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat.
Contoh : Ayah mencuci kereta
Mencuci ialah kata kerja transitif, baju ialah objek bagi kata kerja ‘ mencuci’.

5. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua iaitu :
         a) Kata kerja transitif dalam ayat aktif
         Contoh : Puan Mina memasak kari ikan.
         b) Kata kerja transitif dalam ayat pasif
         Contoh : Kari ikan dimasak oleh Puan Mina.

6. Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.
7. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja.
         Contoh : Nenek menjahit
8. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu :
         a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
         Contoh : Adik Ina masih tidur
        
         b) Kata kerja tak transitif berpelengkap
         Contoh : Kami pergi ke Terengganu.
LATIHAN KATA KERJA

Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.

2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-
kawannya.

3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.

4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.

5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.        

6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.

8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.

9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.

10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.

Friday, 30 March 2012

Ini Rancangan Mengajar Saya


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
Subjek                                               : Bahasa Melayu
Tingkatan                                           : 1
Masa                                                 : 60 minit
Tajuk                                                 : Tatabahasa
Topik                                                 : Kata Adjektif
Objektif Pembelajaran                         : Pada akhir pembelajaran pelajar diberi kertas                                                          edaran, para pelajar akan dapat menentukan kata adjektif dan kesalahan penggunaanya dalam masa yang ditetapkan.
Strategi Pengajaran                           : 1 . Koperatif – Kerja berkumpulan
                                                          2. Direktif – Penerangan
Kemahiran Genetik            
Penerapan Nilai                                 : 1. Bekerjasama
                                                          2. Teliti
                                                          3. Kerajinan
KBKK                                                : 1. Menganalisis
                                                           2. Mengeluarkan idea
                                                           3. Membuat penilaian
                                                           4. Memberikan sebab akibat
Kecerdasan Pelbagai                         : 1. Berbahasa
                                                          2. Interpersonal
                                                          3. Intrapersonal
Alat Media Pengajaran                       : Soalan dan Penyoalan
                                                          1. Petikan Dialog
                                                          2. Kertas Edaran Latihan
                                                          3. Lembaran Pengurusan Grafik
                                                          4. Papan Hitam
Pengetahuan Sedia Ada                    : Para pelajar biasa menggunakan kata adjektif                                                             dalam perbualan harian dan juga dalam penulisan.
Langkah/ Masa
Isi
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Media Pengajaran
Kemahiran Generik
Set Induksi
(10 minit)
(Menarik Perhatian)
Lakonan
1. Guru memilih 2 orang pelajar
2. Guru memberi petikan dialog
3. Guru meminta pelajar lain mendengar petikan dialog
1. Pelajar membacakan
2. Pelajar lain menyaksikan lakonan
Petikan
Kecerdasan Pelbagai :
Berbahasa
Interpersonal
Kinestatik
Langkah 1
(15 Minit)
(Menyampaikan Objektif)
(Mengimbau Pengetahuan Sedia Ada)
Mengenalpasti kata adjektif
1. Guru meminta pelajar menyenaraikan kata adjektif berdasarkan petikan
2. Guru meminta beberapa orang pelajar menulis kata tersebut di papan hitam
1. Pelajar menyenaraikan kata adjektif


2. Pelajar yang terpilih menulis di papan hitam
Papan Hitam
KBKK : Menganalisis
Mengeluarkan Idea
Kecerdasan Pelbagai :
Berbahasa Intrapersonal
Langkah 2
(15 Minit)
(Memberikan Bimbingan)
Penerangan tentang kata adjektif
1. Guru menilai jawapan yang ditulis pelajar
2. Guru memberikan penerangan tentang kata adjektif
1. Pelajar mendengar penerangan guru
2. Pelajar mencatat nota yang diberikan
Lembaran Pengurusan Grafik
KBKK : Membuat Penilaian





Langkah / Masa
Isi
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Media Pengajaran
Kemahiran Generik
Langkah 3
(15 Minit)
(Menyampaikan Bahan Rangsangan)
(Menyediakan Maklum Balas)

Kesalahan penggunaan kata adjektif
1. Guru mengedarkan kertas latihan kepada pelajar
2. Guru menyuruh pelajar membetulkan kesalahan pada latihan yang di buat
1. Pelajar membuat latihan yang diberikan
2. Pelajar mendengar penerangan guru
Kertas Edaran
KBKK : Memberikan sebab akibat
Membuat Penilaian
Kecerdasan Pelbagai : Berbahasa
Intrapersonal
Nilai : Teliti
Penutup (5 minit)
(Pengukuhan)
Latihan tambahan
1. Guru memberikan latihan sebagai kerja rumah
1. Pelajar dikehendaki membuat latihan tambahan di rumah
Kertas latihan
Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal
Nilai : Kerajinan

             

Latihan Kata Adjektif


Petikan 1
    Apabila kita berkunjung ke suatu tempat pelancongan, kadang kala kita perlu membeli tanda mata atau cenderamata untuk dibawa pulang. Biasanya cenderamata ini akan dihadiahkan kepada keluarga atau orang yang paling rapat sekali dengan kita.
    Seandainya anda berada di Taiping, anda tidak perlu bimbang untuk mendapatkan cenderamata. Hal ini demikian kerana anda boleh mengunjungi  bangunan Jam Besar Lama atau Old Clock Tower Taiping yang terletak di Jalan Kota, Taiping. Bangunan berusia 100 tahun ini telah dijadikan pusat maklumat pelancongan serta menjual barangan kraf tangan dari seluruh Perak.
    Pelbagai jenis barangan terdapat di pusat ini.  Antara barangan yang dijual di pusat pelancongan ini termasuklah barangan yang diperbuat daripada buluh, rotan, tanah liat, kaca, dan kristal. Barangan kraf tangan ini dijual dengan harga yang murah sangat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika barangan ini mendapat sambutan yang sungguh hebat betul.  

Petikan 2 
    Semasa berada di Sarawak, saya telah dapat melihat tempat-tempat yang cukup indah sekali. Sungai Sarawak, iaitu sungai yang terbesar sekali di negara ini amat mengagumkan saya. Begitu juga Gunung Santubong dan Taman Negara Bako. Jika diberi peluang, saya ingin tinggal lebih lama di sini. 
    Banyak sungguh tempat di Sarawak yang memikat hati saya. Antaranya termasuklah Tebing Sungai Sarawak. Tempat ini merupakan tempat tumpuan orang ramai terutamanya pada waktu malam. Saya suka suasana di sini. Sinaran lampu yang menghiasi tebing sungai ini sungguh mempesonakan. 

Nota Kata Adjektif

Selamat Datang Ke Ruangan Ini

Di blog ini anda boleh membaca dan mencuba latihan - latihan yang cikgu sediakan. Sebarang masalah atau tak faham anda boleh tinggalkan komen, okay!